TL.MY ataupun nama lainnya Top Links.my merupakan antara beberapa laman web di dunia yang memberi perkhidmatan percuma subdomain percuma berasaskan doman tl.my. Laman web ini hadir pada waktu yang sesuai tatkala Malaysia semakin ramai pengguna blog dan free hosting tumbuh seperti cendawan selepas hujan.:)
Apakah yang dimaksudkan dengan TL.MY?
Laman web ini berfungsi untuk menukar nama blog anda yang panjang kepada nama-anda.tl.my ataupun www.nama-anda.tl.my
Contoh:
freewebs.com/selipar/index.html = selipar.tl.my
wizurai.blogspot.com = wizurai.tl.my
TL.MY juga dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri tambahan seperti cloaking dan redirection domain.
Laman web ini berfungsi untuk sekadar memberi anda mendapatkan domain tl.my secara percuma bukan untuk menjadi host laman web anda. Laman web anda masih boleh diakses menggunakan URL lama tetapi TL.MY menawarkan menggunakan domain TL.MY secara percuma dan boleh digunakan dengan “www.” dan juga tanpa “www.” Kelebihan TL.MY juga membolehkan anda lebih mudah mengingati dan memasuki website anda. Selain itu juga,suatu kelebihan mengguna TL.MY ialah peluang untuk disenaraikan di Yahoo dan Google tanpa perlu bersusah-payah. Anda cuma perlu guna domain TL.MY anda secara berterusan dan dipromote untuk dijumpai oleh robot-robot dan spider Yahoo dan Google.
Sebagai contohnya www.pijimr.tl.my yang digunakan oleh penggunanya untuk profile Friendster disenaraikan dalam Google. Anda boleh test Google “pijimr” dan boleh didapati dalam result Google. Antara contoh lain seperti Google.tl.my diforwardkan ke Google.com dan Yahoo.tl.my = Yahoo.com Jadi TL.MY tidak ubah seperti domain biasa cuma ianya boleh diregister percuma.
Jika anda sebarang masalah untuk mendaftar bolehlah rujuk di Blog Admin TL.MY Selamat mengguna TL.MY dan jika berkesempatan silalah beri comment di sini nama yang telah anda register.
Artikel di copy sepenuhnya dari Wizurai Inc.



August 23rd, 2008 at 7:09 pm
Very interesting site, nice design, greetings